Wednesday, December 15, 2010

Loose Chocolate (Coklat tanpa Bekas)

Di Yanzchocolate, anda boleh membeli coklat tanpa bekas.
Seperti yg diketahui, bekas untuk mengisi coklat sebenarnya yg menjadikan coklat yg ditempah menjadi mahal, maka di Yanzchocolate, kami menjual dengan mengikut harga kuantiti coklat yang anda mahukan. Semakin banyak kuantiti, semakin murah harga sebiji coklat tanpa bekas.




Coklat Oreo





Tempahan Coklat Oreo (Coklat + Biskut Oreo) dalam pelbagai bentuk eligable atau abstrak.
Tempahan Hamper juga boleh dibuat.

Tempahan

    
  
Tempahan Hamper, pelbagai jenis bentuk coklat dalam satu hamper.




Sunday, July 11, 2010

Terkini di yanzchocolate.. untuk tempahan Puasa dan Raya

Tempahan Coklat untuk Bulan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Coklat Pralin, Coklat Oreo, Coklat Ucapan, Kurma berinti kacang bersalut coklat. Disediakan dlm bentuk tempahan secara kotakdan juga hamper.

Friday, July 2, 2010

Tempahan Coklat untuk Raya telah bermula...

Promosi hebat untuk pemberian untuk orang teristimewa. Aneka Coklat dalam satu kotak dengan pilihan warna menarik. Untuk tempahan, boleh pilih bentuk pralin yang mana, berinti atau kacang. 
                            

Saturday, June 12, 2010

Coklat Kurma Sedang dipasarkan

Sibuk betul skrg ni, tak sempat langsung nak upload gambar-gambar terkini Coklat dr yanzchocolate. Hehehe.. Sampai penuh kamera dan tak boleh nak ambil gambar lg.. Ada yang terbaru iaitu Coklat Kurma berinti Kacang. Ini gambar yang sempat diupload..

Coklat ini hanya memerlukan Kurma dan kacang Hazel atau Gajus atau Badam disamping salutan coklat.


Coklat Kurma bersalut Coklat ini mungkin menjadi pilihan menjelang ramadhan nanti. Ia juga menjadi intipan baru untuk diberikan kepada pengantin kepada tetamu yang hadir.

Dengan kotak yang sederhana besar, memuatkan 4 biji Kurma bersalut Coklat untuk pemberian kepada tetamu memberi kelainan daripada gift2 yang biasa.

Thursday, May 6, 2010

Terbaru.. Kad Ucapan..


Terbaru dari yanzchocolate.. Kini anda boleh lahirkan kata-kata harijadi, semangat, rinduan serta bermacam-macam lagi untuk si dia di atas coklat berperisa. Manakala dibawahnya terdapat corak atau design terkini disamping kekacang dan kismis.




Coklat pralin campura Milk Choc, Dark Choc & White Choc
dengan kata-kata ucapan berbentuk tulisan yg juga coklat.
Perkataan dan warna adalah mengikut citarasa sendiri.


Kad Ucapan bernetuk hati sesuai untuk pasangan kekasih atau suami isteri
menyemai rasa cinta dengan ukiran berbentuk Hati.
Selain dari tulisan, tempahan coklat-coklat kecil berwarna
juga boleh dimasukkan kedalam bekas ini.




Tuesday, May 4, 2010

Pelbagaian Coklat Dlm Satu Kotak...

Pelbagai Jenis Coklat (Coklat Pralin, Coklat Berinti Kacang , Gajus Dan Coklat Berinti Perisa Kacang) dalam satu kotak (Hardcover). Pelbagai jenis dan pelbagai warna dapat dihasilkan mengikut kehendak dan kesukaan pelanggan.









Lollichoc..

Lollipop - Bentuk Bunga Rose..

Coklat Pralin & Coklat Berinti

Coklat Padat atau Coklat Pralin atau Coklat Solid adalah coklat tulen. kita dapat merasa kepadatan dan  ketulenan rasa coklat dengan coklat pralin. 

Coklat Berinti pula adalah coklat yang mana dimasukkan inti ke dalamnya samada berinti kacang, badam, gajus dan sebagainya.
Coklat Berinti juga boleh diisi dengan pelbagai jenis inti bukan sahaja kekacang malahan juga inti berperisa seperti perisa kacang ataupun hazelnut paste, jem rasberi, mentega kacang dan sebagainya.

                    
Coklat Bentuk Daun..

Coklat Bentuk Buah-buahan

Coklat Bentuk Kipas

Colat Oreo

Bagi penggemar biskut Oreo dan Coklat, kini wujud gabungan sensasi Coklat Oreo. Coklat Oreo ni mmg banyak permintaan.. Coklat ini bukan sahaja ditempah untuk "goodies" sewaktu majlis perkahwinan atau pertunangan, ia juga ditempah untuk "corporate gift", majlis harijadi dan majlis-majlis lain. Coklat ini mempunyai bermacam-macam bentuk dan design.

Monday, April 26, 2010

Kebaikan Coklat.... ehmmmmm....


Coklat.. Sure kita terbayang, coklat yg penuh dengan kemanisan, pekat, kolestrol dan macam-macam lg.. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.


Ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh....

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.